Durioo+: Platform Video Selamat | Untuk Kanak-Kanak Islam

Encik Macam Mana
0

1. Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 😁 Di sini saya ada berita gembira untuk semua ibu bapa di seluruh dunia. Alhamdulillah, kini sudah terdapat platform video selamat untuk kanak-kanak Islam yang dibangunkan oleh sebuah syarikat di Malaysia. 👍

😆Saya memperkenalkan platform penstriman Durioo+ iaitu platform video selamat untuk kanak-kanak IslamDurioo+ dibangunkan oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Durioo Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh bekas pengasas siri animasi popular Didi & Friends dan Omar & Hana.



2. Kandungan

Beliau ingin menjadikan Durioo+ ini sebagai platform video selamat yang memfokuskan kepada penghasilan kandungan Islamik yang sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. 👪 Selain itu, beliau ingin menunjukkan nilai, sifat murni dan ajaran Islam kepada kanak-kanak. Menurut Sinan Ismail, Durioo+ mula beroperasi pada 18 Februari 2022. 👈




3. Peranti

Tahukah anda... Durioo+ boleh ditonton di TV? Ya, Durioo+ boleh ditonton di TV. Terdapat beberapa cara untuk anda menonton Durioo+ di TV. Cara-caranya adalah dengan:

👉 Smart TV dengan built in Google Play Store, anda boleh muat turun aplikasi Durioo+ di Google Play Store.

👉 Android Box atau Android Stick, anda boleh muat turun aplikasi Durioo+ di Google Play Store.

👉 Apple TV, anda boleh muat turun aplikasi Durioo+ di Apps Store.

👉 Chromecast, anda boleh cast Durioo+ melalui telefon mudah alih, laptop atau tablet ke TV yang mempunyai fungsi Chromecast.


4. Testimoni Pempengaruh

Di bawah ada testimoni daripada pempengaruh mengenai animasi yang dihasilkan oleh Durioo+. Mari kita sama-sama saksikannya.







5. Langganan

Ayuh! Jangan berlengah lagi, mari kita sama-sama melanggan platform penstriman Islamik ini. InsyaAllah, ini boleh membantu Durioo+ menjadi platform penstriman kegemaran anak kita dan juga menjadi pelaburan saham akhirat kita. Semoga anak kita terpelihara secara fizikal dan secara maya. Amin. 👐


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)